Wednesday, February 8, 2012
POLIS BERJAYA MENUMPASKAN CUBAAN ROMPAKAN BERSENJATA DI SHARM EL-SHEIKH
Polis telah berjaya mengagalkan cubaan rompakan bersenjata di Bank Credit Agricole di Teluk Naama di bandar peranginan Laut Merah Sharm El-Sheikh. Kes rompakan ini telah dilakukan oleh empat lelaki bertopeng dan bersenjata yang menunggang sebuah jip kuning.
Polis keselamatan bank tersebut telah berbalas tembakan dengan kumpulan perompak yang telah membawa kepada kecederaan seorang anggota polis.
Menurut pengarah siasatan Selatan Sinai, Gamal al-Baie berkata, polis telah berjaya menumpaskan cubaan rompakan bersenjata itu dan memperhebatkan kawalan bagi menangkap penjenayah-penjenayah tersebut.
Pada bulan Januari lalu, seorang lelaki Perancis telah terbunuh dalam satu tembakan di Sharm El-Sheikh. Pihak polis melaporkan lelaki tersebut telah ditembak secara rawak oleh lelaki Badwi bagi membalas dendam atas kematian suku kaumnya yang dibunuh oleh pihak polis.
Bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya ditangkap dalam satu kejadian rompakan di sebuah bandar.
Sumber diolah: Al-Masry Al-Youm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment