Saturday, February 25, 2012

PASUKAN BULAN SABIT MERAH SYRIA MEMASUKI BABA AMR, SELAMATKAN MANGSA TERKORBAN


Homs- Pasukan Bulan Sabit Merah Syria telah memasuki kawasan kejiranan Baba Amr, Homs, Jumaat lalu dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang telah terkorban.
Mereka yang cedera telah segera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Ramai orang awam telah tercedera ekoran serangan tentera pengganas bersenjata.

Seorang penduduk melaporkan pasukan tentera telah mengepung kawasan rumah mereka dan menembak sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut.
Mereka juga telah dihalang keluar dari rumah sejak 23 hari yang lalu.

Seorang wanita juga merupakan penduduk di kawasan tersebut melaporkan pasukan tentera memukul dan mengepung orang ramai yang berada di situ. Mereka hidup dalam
ketakutan sehingga pasukan Bulan Sabit Merah Syria datang menghulurkan bantuan.

Sumber diolah: Syrian Arab News Agency (SANA)

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook