Saturday, February 25, 2012

MENTERI DALAM NEGARI MESIR MENOLAK RAYUAN HUSSIEN MEGAWER INGIN HADIR PENGEBUMIAN ANAKNYA

Mesir - Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim menolak rayuan bekas ketua Persekutuan Kesatuan Sekerja Mesir ( Egyptian Federation of Trade Unions ), Hussien Megawer
yang ingin hadir ke majlis pengebumian anaknya.

Hussien Mugawer telah ditahan sementara bagi menunggu siasatan ke atasnya berhubung satu pertempuran yang berlaku membawa
kepada serangan maut ke atas penunjuk perasaan di Medan Tahrir pada 2 Februari tahun lalu.

Anak Hussien Megawer, Mohamed Megawer, 31 tahun, dilaporkan telah meninggal dunia selepas jatuh dari balkoni tingkat 11.

Mohamed Megawer dikatakan telah hilang imbangan dan jatuh ke bawah ketika beliau sedang menghisap rokok. Menurut sumber-sumber lain,
Mohamed dilaporkan telah mengalami kemurungan dan kematiannya dispesifikasikan sebagai bunuh diri.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Mansour Al- Essawy juga dilaporkan telah menolak permintaan Mugawer untuk mengadiri pengebumian anaknya sebelum ini.

Sumber diolah: Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook