Thursday, February 23, 2012

KAMPUS DITUTUP, CETUS PERTEMPURAN SENGIT MAHASISWA ISLAM DAN POLIS MAURUTANIA


MAURITANIA - Pertempuran tercetus antara polis dan mahasiswa islam yang menentang penutupan Institut Tinggi Pengajian dan Penyelidikan Islam, yang merupakan universiti tertua dan satu-satunya universiti Islam di negara tersebut.

Pertempuran bermula selepas mahasiswa melakukan perarakan dari institusi universiti tersebut ke bangunan Kementerian Hal Ehwal Islam bagi mengutuk penutupan universiti, membuka pendaftaran untuk tahun ini dan mahasiswa dapat melanjutkan sesi perkuliahan mereka. Polis tiba untuk membubarkan perhimpunan tersebut menyebabkan pertempuran tercetus.

Akibat dari pertempuran tersebut, yang berlangsung selama beberapa jam, menyebabkan sebahagian mahasiswa cedera dan 2 daripada mereka ditangkap, sumber mahasiswa. Polis tidak dapat dihubungi untuk memastikan adanya mahasiswa yang terkorban.

Persatuan Kebangsaan Mahasiswa Mauritania yang merupakan penganjur demonstari tersebut, berdiri teguh disamping mahasiswa penyokong yang lain. Mereka juga telah mendiami Universiti tersebut selama 2 bulan sejak berlakunya penutupan dan mendesak supaya universiti tersebut dikembalikan status seperti sebelumnya.

Mauritania, negara padang pasir luas di Afrika barat, dihuni oleh sebahagian besar Muslim Sunni.

Sumber disunting: Eramuslim, Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook