Wednesday, February 22, 2012

Hari Kedua Demo Kecam Pembakaran Al-Quran di Afghanistan


Demonstrasi anti-Amerika meletus di pinggir Kabul untuk hari kedua Rabu ini (22/2) dan di bandar lain Afghanistan apabila berlaku insiden pembakaran Al-Quran yang disengajakan di sebuah pangkalan tentera di Afghanistan.

Beberapa orang tercedera, kata saksi peristiwa tersebut, ketika tembakan dilepaskan saat ratusan warga Afghanistan yang marah berkumpul di hari kedua bantahan selepas insiden pembakaran Al-Quran di pangkalan utama NATO di Afghanistan.

Pasukan keselamatan menembak tembakan ke udara untuk membubarkan ratusan orang yang berkumpul di luar kompleks perumahan untuk warga asing di pinggiran Kabul. Demonstran yang marah membakar lori bahan bakar di luar kompleks, di jalan raya utama yang menghubungkan ibu negara Afghanistan dengan bandar timur Jalalabad.

"Kematian bagi Amerika," teriak para penunjuk perasaan yang marah.

AS meminta maaf Selasa yang lalu untuk insiden pembakaran buku agama, termasuk Al Quran, yang telah diambil dari rak-rak perpustakaan di pangkalan Bagram.

Pada demonstrasi hari Rabu ini di Kabul, ketua polis Muhammad Ayub Salangi tiba di lokasi dengan beratus-ratus tenaga bantuan dalam usaha untuk melindungi media massa.

Beberapa kilometer jauhnya, beratus-ratus orang juga berkumpul di luar kem Phoenix, pangkalan tentera AS, dan membaling batu ke pemasangan tersebut, kata jurucakap polis wilayah Kabul Ashmatullah Stanekzai. Ada laporan menyatakan bahawa tembakan juga kedengaran di kem Phoenix.

Stanekzai mengatakan para demonstrasi lain yang lebih kecil yang terdiri lebih dari 100 orang sedang berlangsung di barat Kabul dekat universiti di ibu negara.

Polis dari timur bandar Jalalabad mengatakan beribu-ribu orang berkumpul di bahagian bandar mengecam pembakaran Al-Quran.

Setelah insiden pembakaran Al-Quran, Selasa kemarin lebih daripada 2,000 warga Afghanistan berdemonstrasi di luar Pangkalan Udara Bagram di dekat ibukota. Insiden pembakaran Al-Quran terjadi malam Isnin, ketika para pekerja Afghanistan melihat tentera AS membuang buku-buku ke tempat sampah dan membakar buku termasuk Al Quran dan buku-buku agama lain.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook