Wednesday, February 22, 2012

Bulan Sabit Merah dan ICRC Minta Kekerasan di Homs Syria Dihentikan


Jawatankuasa Palang Merah antarabangsa pada hari Isnin lalu (20/2) menyatakan bahawa mereka dalam perbincangan dengan pihak berkuasa Syria dan pemberontak untuk menghentikan kekerasan sehingga mereka dapat memberikan bantuan di bandar yang terkepung iaitu Homs.
Sementara itu, Presiden Syria Bashar al-Assad sekali lagi menuduh pihak asing memberikan bantuan dana dan senjata kepada "kumpulan pengganas" dengan tujuan mengganggu gugat kestabilan rusuhan di negaranya. Pada masa yang sama kapal perang Iran mulai berlabuh di pelabuhan Tartus dalam usaha Iran menunjukkan sokongan terhadap rejim Assad.

"Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah sedang mencari beberapa kemungkinan untuk memberikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan,"kata jurucakap ICRC Bijan Farnoudi.

"Hal ini termasuk , genjatan senjata di daerah yang paling terjejas bagi memudahkan Bulan Sabit Merah Arab Syria dan akses ICRC kepada penduduk yang memerlukan."

Mengikut kenyataan pasukan pemantau , walaupun hujung minggu lalu utusan dari China yang melawat Syria meminta semua pihak agar menghentikan kekerasan, namun, pasukan rejim Assad tetap mensasarkan serangan yang teruk ke atas pusat bandar Homs .

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia dan media kerajaan melaporkan, 16 orang orang telah terbunuh di seluruh negara isnin lalu. Sembilan daripada mereka - termasuk tiga kanak-kanak dalam satu keluarga - mati dalam serangan terbaru di bandar Homs, kata mereka.

Agensi berita rasmi SANA menyatakan seorang leftenan kolonel dan seorang sarjan tewas dalam pertengkaran antara penjaga sempadan dan "kumpulan bersenjata" di Athraya, di wilayah Hama.

Aktivis dan media kerajaan melaporkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh pada hari Ahad lalu, dan menambah, lebih dari 6.000 orang telah terbunuh dalam 11 bulan tindakan keras rejim Assad dalam menangani revolusi rakyat Syria.

"Pasukan Infantri tiba pada ahad lalu di Homs," kata Rami Abdel Rahman,kepala Balai Cerap Syria kepada AFP melalui telefon.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook