Friday, February 24, 2012

Rakyat Pakistan Turut Kecam Pembakaran Al-Quran Oleh tentera AS di Afghanistan

Lebih dari 500 rakyat Pakistan melakukan aksi demonstrasi di barat daya Pakistan mengecam pembakaran Al-Quran di sebuah pangkalan tentera AS di Afghanistan utara.

Para penunjuk perasaan, terutama dari umat Islam dan parti-parti politik, berteriak "Hapuskan AS, Hapuskan Obama, Amerika adalah pengkhianat," ketika mereka berkumpul di Quetta, ibu kota provinsi Baluchistan yang terletak 700 kilometer (435 batu) barat daya dari ibu negara Pakistan Islamabad, Khamis semalam (23/​​2).

"Pembakaran Al-Quran umpama untuk menyakiti perasaan umat Islam," seorang pemimpin kanan dari Jamiat Ulema-e-Islam (Majlis Ulama Islam) Hafiz Fazal Muhammad mengatakan.

Demonstrasi anti-Amerika sendiri masih berlangsung di Afghanistan berkaitan insiden pembakaran Al-Quran di pangkalan udara Bagram AS, yang terletak 11 kilometer (7 batu) tenggara kota Charikar di wilayah Parwan Afghanistan.

Sekurang-kurangnya dua puluh warga Afghanistan telah terbunuh sejak awal protes pada hari Selasa lalu.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghantar surat kepada timpalannya dari Afghanistan Presiden Hamid Karzai pada hari Khamis semalam (23/​​2), meminta maaf atas pembakaran Al-Quran oleh pasukan Amerika Syarikat di Afghanistan.

Jurucakap Rumah Putih Tommy Vietor mengatakan bahawa surat tersebut telah diserah dan terima olej Karzai oleh Duta Besar AS untuk Kabul Ryan Crocker.

Obama mengatakan kepada Karzai bahawa insiden yang telah mencetuskan aksi protes marah terhadap pasukan AS dan NATO di Afghanistan, merupakan tindakan tidak sengaja, kata Vietor.

"Dalam surat itu, presiden juga menyatakan penyesalannya dan meminta maaf atas insiden di mana material keagamaan tidak sengaja dalam kesalahan mengendalikannya di Bagram Airbase," kata pegawai kanan AS tersebut.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook