Monday, January 16, 2012

Salah Satu Naskhah Al-Quran Tertua Dipamerkan Di Muzium British


Salah satu naskhah Al-Quran tertua dipamerkan di Muzium British menjelang pameran terbaru.

Al-Quran yang dipinjamkan oleh British Library akan menjadi sebahagian daripada pameran, "Hajj: Journey To The Heart Of Islam", merupakan koleksi besar pertama yang dikhaskan untuk haji.

Menurut British Library, salinan Al-Quran tersebut dikatakan salinan pada abad ke-8 masehi.

Sejumlah objek telah dipinjamkan untuk pameran koleksi awam dan swasta dari Inggeris dan di seluruh dunia, termasuk potongan sejarah penting dan karya baru seni kontemporari.

Beberapa objek yang dipamerkan akan merangkumi bahan arkeologi, manuskrip, tekstil, gambar-gambar bersejarah dan bahan-bahan yang signifikan dari Arab Saudi.

Pameran ini terbuka secara umum dari Khamis 26 Januari dan berlangsung sehingga Ahad 15 April akan datang.

Sumber : Eramuslim , Abna

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook