Monday, January 9, 2012

Bekas PM Pakistan Harap Pakistan Mempunyai Hubungan Dengan Israel

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf, meminta Islamabad untuk mempertimbangkan jalinan hubungan dengan Israel walaupun mencetuskan kemarahan rakyat yang menolak Israel kerana tindakan Israel terhadap Palestin.

"Tidak ada yang rugi untuk cubaan mejalinkan hubungan dengan Israel," kata Musharraf dalam wawancara dengan akhbar Israel Haaretz pada hari Sabtu lalu.

"Pakistan juga perlu menjaga penyesuaian kembali dengan menjalin hubungan diplomatik terhadap Israel berdasarkan fakta bahawa hal itu ada dan tidak akan pergi," tambahnya.

Pernyataannya ini dinyatakan pada saat ia merancang untuk kembali ke Pakistan akhir bulan ini untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya parlimen negara tersebut.

Kenyataan pro-Israel yang disampaikan oleh Musharraf ini mungkin untuk meletakkan dirinya dalam situasi baru pada saat kerajaan Pakistan telah menjadi penyokong setia tuntutan untuk sebuah negara Palestin.

Tahun lalu, mahkamah Pakistan mengeluarkan surat perintah penangkapan bagi Musharraf atas tuduhan bahawa ia gagal memberikan keselamatan yang mencukupi untuk bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, yang dibunuh pada Disember 2007.

Jaksa Chaudhry Zulfiqar Ali mengatakan pada Sabtu lalu bahawa Musharraf akan ditangkap berkaitan dengan pembunuhan Benazir jika ia kembali semula ke negaranya.


Sumber diolah : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook