Sunday, January 22, 2012

Gadis Islam 11 Tahun Diserang Kerana Berjilbab


Sebuah serangan Islamofobia berlaku di Surrey Inggeris terhadap seorang gadis 11 tahun, telah menjadi fokus perbincangan masyarakat di Sunbury-on-Thames.

Gadis itu diserang oleh seorang gadis kulit putih yang lebih tua dari dirinya, yang menendang, dan menyebabkan dia jatuh ke tanah lalu wanita itu menampar wajah gadis 11 tahun tersebut. Polis Surrey mengatakan gadis itu menjadi target serangan pada tarikh 11 Januari lalu kerana ia mengenakan tudung.

Dewan bandar mengatakan insiden tersebut sedang diangkat pada pertemuan dengan polis lingkungan sebagai isu yang mempengaruhi masyarakat. Polis mengatakan mereka mengangap insiden di Vicarage Road tersebut sebagai serangan perkauman terburuk.

Polisi Simon Egan mengatakan gadis itu diserang ketika sedang menunggu bas. Dia mengatakan suspek menendang mangsa di kaki, menarik ranselnya, dan menyebabkan gadis itu jauh ke tanah, menampar wajah dan menyeksanya secara perkauman. Setelah kejadian itu, gadis itu mengambil begnya dan lari.

"Ini adalah serangan yang mengerikan di mana mangsa muda telah disasarkan dalam serangan yang sama sekali tidak berasas. Nampaknya suspek menyasarkan korban tanpa alasan lain selain kerana dia memakai tudung," tegas Simon Egan.


Sumber Disunting : Eramuslim, Presstv

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook