Keputusan akhir pada hari Sabtu (21 / 1) yang lalu menunjukkan bahawa parti-parti Islam memenangi hampir 3/4 dari kerusi di parlimen dalam pilihan raya Mesir pertama sejak penggulingan Presiden Hosni Mubarak yang autoritarian, menurut para pegawai pilihan raya dan kumpulan politik.
Dominasi kumpulan Islam di parlimen Mesir telah mencemaskan kumpulan liberal. Disebabkan perkara tersebut, beberapa kumpulan konservatif mencadangkan adanya perundangan baru, yang akan bertugas membentuk sebuah jawatankuasa untuk menulis sebuah perlembagaan baru. Perlembagaan tersebut masih belum jelas tentang perkara yang bakal ditulis sementara jeneral yang merebut kuasa selepas kejatuhan Mubarak masih berkuasa, atau selepas pemilihan presiden musim panas ini.
Dalam pemilihan untuk majlis rendah parlimen, campuran yang dipimpin oleh Ikhwanul Muslimin menang 47 peratus, atau mendapat 235 kerusi di parlimen dari jumlah 498-kerusi. Parti salafi An-Nur di tangga kedua dengan 25 peratus, atau 125 kerusi.
Ahli Salafi An-Nur, telah membuat kejutan yang tidak terbesar dengan perolehan suara yang signifikan, dan dengan tegas ingin melaksanakan undang-undang Islam di Mesir. Sementara itu Ikhwan lebih sederhana, telah mengatakan secara terbuka bahawa mereka tidak berusaha memaksa pandangan Islam berkaitan tentang gaya hidup yang sesuai di Mesir.
Sumber : Eramuslim
0 comments:
Post a Comment