Wednesday, December 28, 2011

SEBUAH SEKOLAH DISERANG DI NIGERIA, 7 CEDERA


Polis melaporkan sekurang-kurangnya 7 orang cedera hari ini akibat letupan bom yang berlaku di sebuah sekolah wilayah Delta, selatan Nigeria.

Polis menambah dalam laporan tersebut, "bom buatan yang mempunyai kuasa letupan yang rendah dibaling ke dalam kawasan sekolah di Sabili pada pukul 10 malam. Bom tersebut dibaling dari sebuah kereta yang tidak diketahui, menyebabkan seorang dewasa dan 6 orang kanak-kanak mengalami kecederaan dan telah menerima rawatan di hospital. Tiada kematian dilaporkan dan tiada sebarang tangkapan dibuat.

Jurucakap polis, Charles Mcz berkata, " kanak-kanak tersebut berumur antara 5 hingga 8 lapan tahun, berada di sekolah tersebut, belajar Bahasa Arab dan Al-Quran."

Kejadian ini terjadi selepas berlaku pengeboman yang disasarkan di beberapa tempat di Nigeria ketika perayaan menyambut Hari Krismas.

Sumber diolah: Al-basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook