Kota Vatikan- markaz besar Gereja Katolik Roma kini mengakui bahawa Islam sekarang telah menjadi agama terbesar di dunia.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah kita tidak lagi berada di posisi yang teratas, penganut agama Islam kini telah menyusul kami," kata Monsignor Vittorio Formenti dalam sebuah wawancara dengan surat khabar Vatikan L'Osservatore Romano.
Setelah menunggu lama, secara rasmi Vatikan akhirnya mengakui Islam merupakan agama yang paling ramai penganutnya dan melebihi agama Kristian lebih dari tiga juta di seluruh dunia selama hampir setahun yang lalu, dan menjadi agama yang banyak dianuti oleh warga barat mengikut penyataan Vatikan kerana jumlah Muslim di dunia telah melampaui 1.3 milion penganut.
Vatikan menyatakan bahawa terdapat permintaan yang luar biasa oleh warga Kristian dari Barat dan Yahudi serta agama-agama lain dan kepercayaan lain untuk menganut agama Islam dalam beberapa tahun terakhir, meskipun terdapat kempen-kempen memburukkan agama Islam oleh golongan anti-Islam dan turut dinyatakan sejumlah wang besar yang dibelanjakan untuk kempen khutbah agama Kristian.
0 comments:
Post a Comment