Wednesday, December 28, 2011

KEPUTUSAN MAHKAMAH JERMAN MELARANG PELAJAR MUSLIM SOLAT SECARA TERBUKA DI SEKOLAHNYA


Undang-undang mahkamah di Jerman melarang pelajar-pelajar Muslim untuk bersolat secara terbuka setiap sekolah tinggi, dengan menyatakan: "pelajar mengeruhkan keselamatan dengan solat" dalam kenyataan yang disiarkan di majalah Amerika, Time.

Majalah itu menyebut: Hakim Mahkamah Pentadbiran Persekutuan menekankan bahawa keputusan tersebut adalah tertakluk kepada kes individu perseorangan sahaja. Tetapi jika ingin membuat rayuan untuk menamatkan persekolahan tinggi dia, satu-satunya cara adalah dengan menggunakan Mahkamah Perlembagaan Persekutuan.

Majalah Time percaya bahawa soalan yang dibangkitkan ini masih wujud, iaitu: adakah perlu membenarkan pelajar-pelajar Muslim solat dan berdoa dengan bebas di setiap sekolah?

Kembali kepada kes yang berlaku pada 4 tahun lalu, apabila ketika perhimpunan sekolah, 7 orang pelajar telah menunaikan solat di koridor sekolah dengan menghala ke arah Mekah. Guru Besar sekolah telah membawa perkara tersebut ke mahkamah tempatan, kemudian ke mahkamah rayuan sebelum dibawa ke mahkamah pentadbiran di Leipzig.

Sumber olahan: Mufakkira Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook