Monday, December 26, 2011

Mesir : Larang Minuman Keras

Kementerian Kewangan Mesir mengarahkan Syarikat Penjual Miras (EFSCO) menghentikan dan menutup jualan alkohol dan rokok di seluruh pelusuk Mesir selain di lapangan terbang Mesir.

Sumber syarikat mengatakn keputusan yang dikeluarkan sebelum perayaan tahun baru dan hanya memberi keizinan kepada pembeli di gerai syarikat di lapangan terbang Mesir,pengecualian cukai untuk satu botol alkohol dan satu kotak rokok bukannya di tempat awam.

Sumber yang sama mendedahkan bahawa langkah-langkah baru telah mencetuskan krisis samada dalam syarikat dan lapangan terbang, dan meramalkan kesan negatif bagi jualan syarikat.

Menurut sumber berkenaan sebagai sebahagian inisiatif baru telah dicadangkan iaitu pembebasan peribadi juga akan terhad untuk menyediakan barang dagangan dan dibawa ke negara melalui lapangan terbang.

Alkohol dan rokok hanya akan disediakan untuk pembeli di kedai EFSCO rasmi pada saat kedatangan mereka di lapangan terbang, kata sumber itu.

Label harga harus diletakkan pada item yang terjual di lapangan terbang EFSCO untuk memastikan ia tidak dijual kembali di luar. Jabatan Kewangan akan memberikan syarikat label harga. Beberapa pekerja telah ditangkap selepas larangan ini dikuat-kuasakan apabila mereka telah meminjam pasport penumpang untuk membeli rokok dan alkohol yang mana mereka jual bahan tersebut kepada peniaga luar di luar lapangan terbang untuk mendapat keuntungan yang lebih besar.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook