Saturday, December 17, 2011

KEMATIAN PENGARAH DARUL IFTA' DI SYARIE' MAJLIS AL-WUZARA'


Emad Effat, Pengarah Darul Ifta' telah ditembak dengan senjata di dada semasa beliau berada di Syarie' Majlis al-Wuzara'.

Emad bertolak ke tempat tersebut selepas solat Asar dan telah ditembak pada pukul 6.30 petang. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Qasr al-Aini pada pukul 7.15 malam dan cubaan untuk menyelamatkannya gagal.

Menurut laporan media, Darul Ifta' telah mengumumkan bahawa Mufti Emad Effat telah meninggal dunia selepas ditembak pada petang Jumaat dalam keganasan yang berlaku di kawasan tersebut.

Sumber rasmi memaklumkan tidak mengetahui tujuan Emad Effat ke tempat tersebut dan menyifatkan kematiannya sebagai syahid. Darul Ifta'meminta kematian Emad Effat disiasat untuk mengetahui punca utama kematiannya.


DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Mufakirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook