Saturday, December 17, 2011

Permergian Seorang Ulama' Al-Azhar


KAHERAH, 16 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Syeikh Imad Abdul Fatah yang merupakan salah seorang ahli tenaga fatwa di Darul Ifta' Misriyyah telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Pemergiannya begitu dirasai kerana kesungguhan beliau dalam menyampaikan ilmu tidak pernah terhenti sehinggalah dijemput bertemu Allah SWT.

Ketokohannya dalam menjadi salah seorang tenaga fatwa bukan penghalang baginya untuk meneruskan perjuangan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa sehinggakan beliau terus disegani.

" Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan kepada semua penuntut-penuntutnya dimanfaatkan sebaiknya dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi ini sekaligus mengamalkan Islam dengan sempurna" ujar Presiden PMRAM Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber dipetik dari : web PMRAM

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook