Saturday, December 17, 2011

YINING: BANDAR CHINA BARAT TIDAK MENGGALAKKAN MUSLIM BERTUDUNG


Sebuah bandar yang mempunyai ramai penduduk Islam jauh di bandar China Barat telah memulakan kempen tidak menggalakkan pemakaian tudung dan membela janggut panjang dalam usaha untuk "menghilangkan kesedaran beragama," lapor media pada khamis lalu.

Notis dari kerajaan Xinjiang, sebuah bandar di Yining telah dimuat turun sepenuhnya oleh beberapa laman web berita di China termasuk televisyen Phoenix yang terletak di Hong Kong.
Kebanyakan etnik Uighur iaitu muslim yang berbahasa Turki asal di Xinjiang, menolak undang-undang China yang mengawal pengamalan agama, budaya dan bahasa mereka.

Notis dari bandar Dunmaili, daerah Yining menyatakan bahawa mereka telah memutuskan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Parti untuk menghilangkan kesedaran beragama dan membina satu tamadun dan gaya hidup yang sihat.

Salah satu tujuan kempen itu adalah untuk menamatkan "fenomena tidak normal" bagi wanita etnik minoriti dan remaja yang memakai pakaian Arab, membela janggut panjang dan menutup muka mereka.

Wanita yang sudah "diubah" akan dijemput untuk mengadakan perbincangan untuk menceritakan pengalaman mereka, sebagai langkah untuk mencipta kerjaya yang cemerlang.
Pegawai Kerajaan Yining enggan mengulas kenyataan mereka apabila dihubungi oleh media.

Yining, yang juga dikenali sebagai Ghulja atau Yili, mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 515,000 orang. 46% dari mereka adalah etnik Uighur, mengikut bancian yang dijalankan pada tahun 2010. Ia adalah bekas tapak rusuhan maut yang telah berlaku pada tahun 1997.

Sumber olahan: Todays Zaman

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook