Monday, December 12, 2011
KEDUTAAN SYRIA DI JORDAN DIKEPONG PENUNJUK PERASAAN
AMMAN - Kedutaan Syria yang terletak di ibu kota Jordan, Amman, dikepung oleh peserta penunjuk perasaan pada pagi Ahad (11/12). Seorang kakitangan kedutaan diserang kerana memukul seorang rakyat Syria yang merupakan peserta penunjuk perasaan tersebut.
Saksi yang berada di situ melaporkan: Kejadian tersebut bermula selepas rakyat Syria memasuki bangunan kedutaan Syria, sambil membawa bendera kemerdekaan. Kemudian kakitangan kedutaan yang berada di situ memukulnya dengan kayu. Rakyat Syria cuba untuk melindunginya dengan menyerang kembali kakitangan tersebut.
Aktivis Syria tersebut, Safwan Abu Ghalib dibawa ke hospital Islam di Amman kerana kecederaan di kepalanya akibat dipukul oleh kakitangan kedutaan.
Berpuluh-puluh warga Syria berkumpul di luar bangunan Kedutaan Syria yang bertempat di Amman, menuntut supaya kerajaan membebaskan tahanan dan menghukum pegawai kedutaan yang telah menyerang mereka di sana.
Olahan Sumber: Al-Basheer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment