Media Israel menyatakan bahawa Tel Aviv telah berunding bersama dengan Majlis Peralihan Libya dalam usaha untuk mewyujudkan hubungan dengan negara Islam dan emmbuka kedutaan Israel di Tripoli Libya.
Sumber berita Israel melaporkan pembukaan kedutaan Israel di Libya akan bekerjasama dengan Qatar. Tel Aviv percaya untuk menjadi sekutu dan ia akan memudahkan pembukaan kedutaan Israel di beberapa negara-negara arab. Calon jawatan untuk Duta Besar Israel akan melawat Libya tidak lama lagi.
Menurut sumber daripada Britain telah menyatakan bahawa pertemuan telah diadakan oleh sejumlah komuniti Yahudi yang menetap di Libya yang dipimpin oleh Rafael Luzon, dengan beberapa pegawai kerajaan Britain dan pegawai dari Majlis Peralihan Libya.
Surat khabar Israel telah mendedahkan nama calon diplomat yang dicalonkan sebagai Duta Besar pertama Israel yang akan ke Libya, calon tersebut berasal dari Druze Arab, dipanggil sebagai Abu Rakoun dan memegang jawatan Naib Konsul Jeneral Israel di Atlanta, Amerika Syarikat.
Rakoin akan melawat Libya dalam jangka masa yang terdekat dan akan mengetuai misi khas. Turut bersama dalam lawatan tersebut beberapa doktor Arab-Israel yang akan memberi khidmat perubatan kepada rakyat Libya.
Sumber diolah :worldbulletin, eramuslim
0 comments:
Post a Comment