Saturday, December 10, 2011

kematian meningkat di Syria akibat penculikan

Aktivis melaporkan lebih kurang 79 orang terbunuh dalam pertempuran mazhab di Homs, ketika Duta Besar A.S bersiap sedia untuk kembali ke Damsyik.

Sekitar 80 orang telah dibunuh di pusat bandar Syria, Homs berikutan siri penculikan yang berlaku sejak Ahad lalu, lapor aktivis.

Aktivis dan penduduk di beberapa kawasan itu berkata, penduduk sunni telah diculik oleh tentera ‘shabiha’ kumpulan-kumpulan alawite yang menyokong kerajaan.

Aktivis hak asasi manusia Alawite bagaimanapun memberitahu wartawan Al-Jazeera, Rula Amin bahawa terdapat pembunuhan dan penculikan dikedua-dua belah pihak menyebabkan orang ramai takut untuk meninggalkan rumah masing-masing.

Nisreen El-Shamayleh, wartawan Al-Jazeera melaporkan dari negara jiran Jordan, sekurang-kurangnya 79 orang awam yang mewakili mazhab Alawite dan Sunni telah dibunuh di Homs.

“Apakah tanda ini adalah fakta bahawa di sana berlaku peningkatan ketegangan mazhab dan kemunculan pemberontakan bersenjata di kalangan orang awam di Syria yang mengambil senjata.”

“Wakil-wakil dari pembangkang Syria sangat berat untuk mengakui bahawa perkara ini memang berlaku.”

“Ia bukan hanya penculikan dan pembunuhan. Di sana terdapat satu anjakan besar dalam keluarga di beberapa kawasan di mana Sunni akan menendang keluarga Alawite begitu juga sebaliknya. Maka, berlakulah ketegangan mazhab di Syria.” katanya lagi.

Serangan Hebat

Di samping penculikan, berkata pembangkang ,Ketua Suruhanjaya Revolusi Syria pada hari Selasa bahawa 25 orang telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan di Homs dan di tempat-tempat lain.

Kumpulan itu berkata, 23 orang terbunuh di Homs, manakala seorang meninggal dunia di Hama dan Idlib.

Presiden Bashar al-Assad dan penyokongnya kebanyakannya bermazhabkan Syiah Islam, manakala majoriti rakyat Syria adalah Sunni.

Protes menentang Assad yang bermula Mac lepas telah meningkat kepada konflik bersenjata antara dua pihak. Satu pihak kerajaan dan kumpulan-kumpulan yang bersenjata, manakala dari pihak yang lain terdiri dari orang awam dan tentera yang berpaling tadah.

Seorang aktivis di daerah Zahraa memberitahu kepada Balai Cerap Syria berpangkalan di London bagi Hak Asasi Manusia, shabiha telah menculik dan membunuh sekurang-kurangnya 34 orang dari daerah Homs yang diketahui menentang Assad.

Sumber : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook