Friday, November 18, 2011

PM TURKI DESAK DUNIA UNTUK 'MENDENGAR TERIAKAN' SYRIA


ISTANBUL - Perdana Menteri Turki berkata, dunia mesti segera "mendengar teriakan" Syria dan melakukan sesuatu untuk menghentikan pertumpahan darah.

Recep Tayyip Erdoğan berkata, langkah-langkah dan tindakan ke atas Syria perlu diambil demi keselamatan bekalan tenaga serta keamanan dunia. Erdogan tidak menyatakan apa-apa tindakan yang mungkin akan berlaku.

Beliau bercakap pada hari Khamis di Persidangan Tenaga Antarabangsa di Istanbul.

Walau bagaimanapun, beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk peka terhadap nasib orang-orang Syria seperti mana masyarakat dunia peka kepada pemberontakan di Libya. Beliau berkata konflik Syria merupakan satu ancaman global.

"Tidak syak lagi, kedua-dua masalah di Syria dan di Timur Tengah pada umumnya adalah masalah global," kata Erdoğan. "Oleh itu, kita perlu melihat tragedi di negara itu, mendengar teriakan dan segera mengambil langkah-langkah menghentikan pertumpahan darah untuk keselamatan bekalan tenaga demi keamanan global dan ketenangan."

"Syria tidak boleh menarik perhatian seperti mana Libya kerana ia tidak mempunyai minyak yang cukup." tambah Erdogan.

"Tetapi saya ingin menegaskan bahawa mereka yang terbunuh di Syria adalah sama seperti mereka yang dibunuh di Libya," kata Erdoğan.

Penindasan dan kekejaman oleh Presiden Syria Bashar Assad, terhadap kebangkitan Syria berusia 8 bulan telah menyebabkan 3500 yang dianggarkan mati dan melumpuhkan eksport negara minyak mentah berat selepas Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan import minyak dari Syria.

Sumber olahan: Todays Zaman

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook