Wednesday, November 16, 2011

Penculikan pekerja Perancis di Yaman, Dibebaskan

14 November 2011-Pejuang Al-Qaeda telah membebaskan tiga orang pekerja Perancis yang diculik di Yaman lima bulan yang lalu. Dalam satu kenyataan awal hari ini, Presiden Perancis telah dimaklumkan tentang pembebasan kesemua pekerja tersebut yang bermula sejak 28 Mei 2011. Sumber memaklumkan kesemua tahanan tersebut berada dalam keadaan sihat.

Presiden Perancis mengucapkan terima kasih kepada Sultan dan pihak berkuasa Oman yang memberikan bantuan dan kepada semua yang turut menyumbang dalam misi pembebasan. Sumber Tribal memaklumkan pada bulan Julai bahawa pekerja-pekerja ini telah diculik oleh pejuang Al-Qaeda di bandar Hadramawt di Seyun, 600km timur Sanaa.

Menurut laporan seorang pegawai keselamatan Yaman, kereta mereka telah dijumpai di jalan raya kira-kira 20km dari Shibam, sebuah bandar yang dikenali sebagai "Gurun Manhattan" kerana seni binanya.

Pada 27 Julai, sumber tribal turut memaklumkan kumpulan penculik dari Al-Qaeda ini telah menuntut wang tebusan sebanyak 12 juta USD. Ketiga-tiga mangsa penculikan ini telah muncul dalam satu video pada bulan September menyatakan bahawa tuntutan kumpulan penculik tersebut tidak ditunaikan.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin suku kaum Al-Awalaq mengetuai rundingan dengan Fahd al-Qussa, ahli puak dan pemimpin Al-Qaeda di Semenanjung Arab. Warga asing kerap diculik di Yaman oleh puak-puak yang mengunakan taktik memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk membuat tuntutan.

Lebih daripada 200 warga asing telah diculik di Yaman sejak 15 tahun yang lalu akan tetapi mereka dibebaskan semula tanpa sebarang kecederaan.

Sumber diolah : Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook