Tuesday, November 15, 2011

Pembangkang Menentang Assad dari Kaherah

Titik tolak dari kesedaran bahawa selama ini bergerak sendirian tanpa berorganisasi, pihak pembangkang Syria mengadakan pertemuan dengan pegawai Liga Arab di Kaherah, Mesir. Menurut warta AP dan AFP pada Selasa (15/11/2011), Liga Arab sudah membekukan Keahlian Syria dalam organisasi itu buat sementara waktu. Tindakan tersebut menyebabkan Syria telah melancarkan protes.

Dalam pertemuan yang dianjurkan Liga Arab itu, sebuah perjanjian penghantaran 500 aktivis hak asasi manusia dan pegawai tentera ke Syria telah dibuat. Perjanjian tersebut adalah bertujuan untuk memantau secara langsung keadaan yang sebenar di Syria.

Awal November lalu, kerajaan pimpinan Assad menyatakan kesediaan menerima cadangan damai yang diunjurkan oleh Liga Arab. Salah satu diantaranya adalah meminta supaya pasukan keselamatan berundur dari wilayah-wilayah yang dilanda tunjuk perasaan. Walaubagaimanapun, pegawai keselamatan Syria tetap juga meneruskan operasi bersenjatanya.

Sementara itu, sejumlah tentera Syria yang berpaling tadah mula melancarkan serangan balas yang menyebabkan keganasan semakin teruk. Laporan-laporan yang diterima dari aktivis hak asasi di Syria memberitahu, Isnin lalu sekurang-kurangnya 50 orang telah terbunuh. Sebahagian besar di antaranya adalah tentera Syria yang diserang oleh bekas tentera.

Letak Jawatan

Terdahulu, Raja Abdullah dari Jordan memberikan nasihat agar Presiden Syria, Bashar al-Assad mengundurkan diri dari pemerintahannya. Kenyataan tersebut telah mencetuskan kemarahan para penyokong Presiden Syria itu, dan mengakibatkan kedutaan Jordan di Damsyik diserang kira-kira 100 penunjuk perasaan pada Isnin malam.

Sebelum kejadian itu, para penyokong kerajaan Syria telah menyerang kedutaan Arab Saudi, Qatar, dan Turki kerana menentang pembekuan Keahlian Syria di Liga Arab. Menurut Menteri Luar Negeri Syria, Walid Moualem, tindakan penggantungan tersebut amat berbahaya.

Mouallem, dalam satu kenyataannya kelmarin, telah memohon maaf berkenaan kejadian serangan ke atas ketiga-tiga kedutaan asing di Damsyik hujung minggu lalu dan berjanji tidak akan berulang lagi. Namun ternyata, serangan yang sama masih berlaku ke atas kedutaan Jordan.

Tunjuk perasaan anti-pemerintah Syria yang telah berlangsung sejak Mac 2011 hingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir walaupun menghadapi tindakan keras dari pegawai-pegawai kerajaan. PBB setakat ini menganggarkan, sekurang-kurangnya 3,500 jiwa telah terkorban dalam konflik yang berlaku di Syria.

Sumber : Kompas

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook