Menteri Luar Negeri Syria Walid Al-Moualem mengutuk ancaman Liga Arab untuk menggantung negara itu di atas tindakan kekerasan terhadap para protes, dan berkata lagi cadangan itu adalah ‘salah’ dan ‘langkah yang berbahaya’.
“Penggantungan keahlian Liga Arab adalah salah di sisi undang-undang.” Beritahu Walid Al-Muallem dalam satu sidang media di Damsyik pada hari Isnin.
Al-Muallem juga mengkritik hubungan di antara blok serantau yang berpusat di Kaherah dengan Amerika Syarikat, dan memanggil Amerika Syarikat sebagai ‘ahli tidak rasmi liga’.
“Liga Arab menyatakan ia bekerja untuk menghentikan keganasan di Syria dan Amerika Syarikat bukan daripada ahli Liga Arab yang tersenarai tetapi mereka (A.S) merupakan salah satu ahli yang tidak rasmi.” katanya.
Al-Muallem menambah bahawa beliau yakin Rusia dan China, negara yang menolak untuk mengenakan tindakan keras antarabangsa terhadap Damsyik, tidak akan mengubah pendirian mereka ke atas Syria di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Luar Syria juga memohon maaf berkenaan serangan ke atas tugas-tugas diplomatik asing pada hujung minggu lalu. Pada hari Sabtu, penyokong kerajaan telah menyerbu kedutaan Qatar dan Arab Saudi di Damsyik manakala kedutaan dan konsulat Turki telah diserang pada hari Ahad.
Mengenai Syria, Al-Muallem berkata “Anda tidak perlu merasa bimbang mengenai masa depan Syria. Syria akan menjadi lebih kuat sesuai dengan kehendak rakyat dan perpaduan nasional.”
Syria pada minggu lepas telah dipanggil untuk hadir ke mesyuarat tergempar ketua-ketua Negara Arab bagi membincangkan krisis negara itu.
Tidak jelas sama ada Liga Arab akan bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tergempar ataupun menggantung Syria pada mesyuara tgabungan hari Rabu ini, lapor wartawan Al-Jazeera Nisreen el- Shamayleh dari sempadan Jordan.
Shamayleh berkata “Penggantungan Syria dari Liga Arab, di mata banyak pihak, akan menarik campur tangan asing dari luar dunia Arab.”
Liga Arab telah memberikan Syria tempoh sehingga 16 November untuk menamatkan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan yang menuntut perletakan jawatan Presiden Bashar Al-Assad, ataupun akan menghadapi penggantungan dari badan serantau.
“Ini merupakan minggu yang buruk buat Syria, sebagai anggota asas Liga Arab.” Kata Shaikh Salman, Pengarah Brookings Doha Centre kepada Al Jazeera.
Pada hari Isnin, 3 orang telah terbunuh ketika pasukan keselamatan meneruskan tembakan di kejiranan Bab Amro di Homs, menurut aktivis dari Suruhanjaya Umum Revolusi Syria.
Tekanan Antarabangsa
Isnin, kerajaan Kesatuan Eropah telah mencapai persetujuan awal untuk melanjutkan sekatan terhadap Syria kepada lebih ramai individu yang dikaitkan dengan tindakan keras terhadap perselisihan faham, kata seorang pegawai EU.
Persetujuan yang dibuat oleh duta-duta dari 27 negara EU, dijangka akan disahkan olehMenteri-Menteri EU dalam mesyuarat di Brussels akan datang. Selain itu, mereka akan mengesahkan keputusan untuk menghentikan Syria mengakses dana dari Bank Pelaburan Eropah, kata pegawai itu.
Catherine Ashto, Ketua Dasar Luar EU berkata dia berhubung rapat dengan Liga Arab untuk bekerjasama dalam mendekati Syria.
“ Keadaan di Syria menyebabkan kebimbangan besar. Saya berkata malam tadi kepada Setiausaha Agung Liga Arab dan menyatakan komitmen kami untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Walaubagaimanapun, Rusia menolak ancaman Liga Arab untuk menggantung Syria. Menteri Luar Negara Rusia, Sergei Lavrov, memberitahu agensi berita Rusia bahawa dia percaya Negara-Negara Barat telah menghasut pihak pembangkang mengenai Assad.
Sementara itu, jiran Syria Turki meningkatkan kadar retorik menentang Syria selepas serangan ke atas kedutaan Turki di Damsyik dan konsulat di bandar-bandar Latakia dan Aleppo pada hujumg miggu lalu.
Menteri Luar Turki, Ahmed Davutoglu memberitahu parlimen Turki tidak ada lagi kemungkinan untuk mempercayai kerajaan Assad.
"Kami akan mengambil pendirian yang paling tegas terhadap serangan ini dan kita akan berdiri dengan memperjuangkan hak ke atas rakyat Syria," katanya.
Pasukan keselamatan Syria telah bertindak balas dengan daya yang membawa maut dalam usaha untuk menghancurkan protes yang belum pernah berlaku terhadap pemerintahan Assad. Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 3,500 orang telah terbunuh sejak protes bermula Mac lalu.
Sumber : Al Jazeera
0 comments:
Post a Comment