Tuesday, November 15, 2011

Syeikh Qardhawi Terkejut - Rusia Masih Menyokong Rejim Syria

Presiden Persatuan Ulama' Muslim Antarabangsa Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan kejutan atas skokongan Rusia terhadap rejim Syriria. Hal itu dinyatakan dalam sebuah wawancara dengan media Rusia "Kommersant".

"Revolusi yang berlaku hari ini di dunia arab merupakan revolusi rakyat yang sebenar. Bagi dunia luar, hal ini merupakan perkara yang mengejutkan. Bahkan Amerika perlu terkejut, belum lagi banyak rejim mulai ketar ketir. Dimulai dengan Tunisia, kemudian Mesir, Libya dan sekarang Syria. Tindakan keras rejim Syria tidak dapat menghentikan revolusi rakyat. Rakyat bersedia untuk berkorban. Ribuan telah tercedera dan mati, dan saya terkejut apabila saat ini, Rusia masih mempertahankan rejim Syria yang setiap hari membunuh rakyat sendiri," Kata Syeikh Al-Qaradhawi. Beliau menjelaskan bahawa beberapa rejim yang telah digulingkan dahulunya rejim monarki dalam usaha membentuk kerajaan republik.

Namun sebenarnya, menurut Syeikh Al-Qaradhawi, mereka kemudian berbalik diri dari Republik dan kembali ke monarki, dengan bergantung kepada kekuatan puak individu. Ertinya, dulu mereka berjuang menentang monarki, dan selepas itu mereka kembali membentuk monarki baru dengan tetap berkuasa selama puluhan tahun tak tertandingi. Syeikh Al-Qaradhawi mengambil contoh rejim Bashar Assad yang mendapat kuasa dari ayahnya, Hafeez Al-Assad.

Dalam penjelasan beliau, Syeikh Al-Qaradhawi menyatakan monarki datang secara semulajadi, tidak artifisial dicipta. Di sana ada raja dan kita berbicara tentang rejim republik di mana ia tidak ada raja. Sesunggunhnya sistem Islam lebih menyokong republik kerana seseorang pemimpin haris memerintah negara dalam suatu tempoh, tidak untuk seumur hidup atau mewariskan kepada keluarganya.

Berkaitan kekuatan pembangkang Syria yang lemah, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan tegas membantahnya dengan mengatakan, " pembangkang di Syria tidak lemah! Ini mewakili semua rakyat Syria. Baca apa yang orang tulis di internet. Lihatlah saluran TV-Al-Jazeera. Dalam era internet ini orang tidak boleh menyembunyikan apa-apa. Bashar Al-Assad sudah banyak kehilangan sokongan dan majoriti rakyat Syria menolak Assad."


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook