Sunday, November 13, 2011
PENUNJUK PERASAAN PRO-ASSAD MENENTANG MISI DIPLOMATIK TURKI, MEMBAKAR BENDERA TURKI
DAMSYIK - Sekumpulan penunjuk perasaan hampir 1000 orang menyerang kedutaan Turki di Damsyik pada petang Sabtu, sambil membaling batu dan botol sebelum polis Syria campur tangan menyuraikan bantahan, lapor agensi berita Turki Anatolia pada Ahad.
Serangan yang sama dilakukan terhadap Konsulat Turki di Aleppo dan Konsulat Kehormat Turki di Latakia, agensi melaporkan daripada kenyataan pegawai-pegawai kedutaan Turki di Damsyik.
Serangan berlaku selepas Liga Arab menggantung Syria kerana gagal melaksanakan janji untuk menghentikan tindakan keras tentera terhadap demonstrasi pro-demokrasi yang bermula sejak 8 bulan lalu dan gagal mengadakan dialog terbuka dengan penentang kerajaan.
Pada malam Sabtu, penduduk Syria berkata, orang ramai yang bersenjata kayu dan pisau menyerang kedutaan Arab Saudi di Damsyik dan Konsulat Perancis dan Turki di Latakia selepas Liga Arab menggantung Syria.
Mereka berkata, ratusan lelaki menjerit slogan-slogan menyokong Presiden Bashar al-Assad malah memukul seorang pengawal dan memecah masuk ke kedutaan Arab Saudi di Abu Rummaneh, tiga blok jauhnya daripada pejabat Assad, satu kawasan paling banyak polis.
Di luar kedutaan Turki, penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Turki, cuba memanjat dinding dan memaksa pintu gerbang dibuka .Polis Syria menghalang dengan menggunakan gas pemedih mata menyuraikan bantahan penunjuk perasaan yang membaling batu dan botol, kata penduduk Anatolia.
Selepas menjalin hubungan antara Assad dan Syria selama beberapa tahun, Turki tahun ini mengutuk keras penindasan ke atas protes secara aman, dibimbangi keganasan terhadap rakyat Syria melimpah ke sempadan dan membentuk satu mazhab atau etnik yang kuat untuk menentang.
Tokoh-tokoh pembangkang Syria telah bertemu di Istanbul untuk mengadakan satu bentuk pertubuhan bersatu, Majlis Kebangsaan Syria. Turki juga telah memberikan tempat perlindungan kepada pegawai-pegawai tentera Syria yang telah berpaling tadah.
Di Aleppo, penunjuk perasaan memasuki taman konsulat dan cuba menurunkan bendera Turki tetapi dihalang oleh pegawai-pegawai konsulat.
Sekumpulan penunjuk perasaan berjumlah hampir 5,000 orang berhimpun di luar konsulat kehormat Turki di Latakia, 330 km (210 batu) utara Damsyik pantai Mediterranean Turki, dan memecahkan tingkap. Pegawai melaporkan bendera Turki telah dibakar pada bantahan tersebut, kata penduduk Anatolia.
Tiada pegawai-pegawai dalam misi diplomatik Turki cedera dalam protes, katanya.
Sumber diplomatik melaporkan Turki sedang memindahkan kebanyakan kakitangan diplomatik dari kedutaan mereka di Damsyik dan konsulat di Aleppo disebabkan faktor keselamatan, kata agensi berita swasta Cihan. Tambah laporan tersebut, Kementerian Luar buat masa ini tidak merancang untuk menarik balik duta ke Ankara.
Sumber olahan: Todays Zaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment