Saturday, November 12, 2011

MAJLIS HAK ASASI MANUSIA ANTARABANGSA TERIMA LEBIH 7000 PERMINTAAN PANTAU PILIHAN RAYA

MESIR - Majlis Hak Asasi Manusia Mesir (NCHR) telah menerima 7168 permintaan daripada pertubuhan-pertubuhan sivil yang sedia ingin memantau pilihan raya akan datang, yang dijadualkan bermula pada 28 November.

Hazem Mounir, ketua jawatankuasa pilihan raya NCHR berkata bahawa Jawatankuasa Tinggi Pilihan Raya berjanji untuk mempertimbangkan semua permintaan pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Beliau menambah bahawa Sabtu akan datang akan menjadi hari terakhir untuk mengemukakan permohonan kepada jawatankuasa pilihan raya dan 24 November akan menjadi hari terakhir bagi Jawatankuasa Tinggi Pilihan Raya untuk mengeluarkan permit.

Jawatankuasa Tinggi Pilihan Raya adalah untuk "memudahkan proses dan tidak mewujudkan halangan pentadbiran yang sebenar" terhadap jawatankuasa pilihan raya NCHR dengan mengambil kira permit pemantauan, tegas Mounir lagi.

Mounir menekankan bahawa Jawatankuasa Tinggi Pilihan Raya membatalkan beberapa syarat-syarat untuk mengeluarkan permit, memberitahu ia akan membolehkan jabatan-jabatan awam untuk hadir dan berada di semua peringkat proses pilihan raya iaitu Majlis Syura dan Dewan Rakyat.

sumber olahan: Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook