Monday, November 14, 2011

Laman Bangunan Masjid Swiss Tercemar Dengan Darah dan Bangkai Khinzir


Switzerland : Laman bangunan Masjid di Swiss tercemar apabila terdapat bangkai khinzir dan sebanyak 120 liter darah khinzir dibuang di kawasan tersebut. Menurut palis di bandar Grenchen, tindakan yang dilakukan pada masjid tersebut merupakan usaha untuk menghentikan pembangunan masjid tersebut.

Thomas Suber, ketua polis, mengatakan kepada CNN melalui panggilan telefon bahawa tidak ada suspek yang disyaki pada saat ini, akan tetapi, penyelidikan di sini berlainan di sana. Menurut sumber maklumat, sebelum ini terdapat sebuah kawasan pembinaan masjid mengalami perkara yang serupa dan ia merupakan tindakan bagi menghentikan pembinaan masjid di kasawan tersebut.

Seorang jurucakap bagi Majlis Pusat Islam di Switzerland- Abdel Azziz Qaasim Illi, berkata bahawi tindakan ini merupakan perkara baru bagi umat Islam di sana di mana ia menandakan bahawa mereka-umat Islam tidak dialu-alukan di tempat tersebut. Dikatakan umat Islam di Switzerland merupakan mangsa Islamfobia sejak kejadian tahun 2009.

Terdapat kira-kira terdapat 500,000 umat Islam di Switzerland daripada 7 juta jumlah keseluran penduduk di sana.Namun, jumlah umat Islam tersebut bakal meningkat dari semasa ke semasa.




Sumber : Eramuslim, Gev, CNN

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook