Menteri Luar Algeria Mourad Medelci , mengatakan bahawa Persatuan Liga Arab yang diberi tanggugjawab mencari penyelesaian dalam keganasan yang berlaku di Syria. Hal ini telah mencapai persetujuan bersama pihak berkuasa Syria, lapor tv Al-Arabiya.
Al-Arabiya tidak memberi sebarang maklumat lanjut. Pegawai Syria yang dihubungi melalui telefon juga tidak memberikan sebarang komen segera ke atas laporan tersebut.
Diplomat Algeria dan Mesir di Kaherah, di mana Menteri Luar Liga Arab dijadualkan akan bertemu pada hari Rabu ini. Mereka berkata, tidak mendapat sebarang maklumat sama ada perjanjian telah tercapai ataupun tidak.
Menteri-menteri Liga Arab termasuk Medelci bertemu pegawai Syria di Qatar pada Ahad lalu bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan pertumpahan darah di Syria, di mana Presiden Bashar Assad telah mengadakan kekerasan ketenteraan untuk menghancurkan protes selama 7 bulan terhadap pemerintahannya.
Diplomat Arab berkata menteri-menteri telah mengutarakan cadangan supaya Syria segera membebaskan banduan yang ditahan sejak bulan Februari, menarik balik pasukan keselamatan dari jalan-jalan, membenarkan penempatan Liga Arab untuk mengawasi dan memulakan perbincangan bersama pihak pembangkang.
Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim Al-Thani, iaitu negara yang mengetuai jawatankuasa menteri, juga berkata bahwa Assad mesti melancarkan reformasi yang serius jika Syria mahu mengelak keganasan yang lebih teruk.
Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB )melaporkan lebih 3000 orang telah terbunuh dalam tindakan keras di Syria. Manakala pihak kerajaan pula mengatakan, kumpulan bersenjata telah membunuh seramai 1100 anggota pasukan keselamatan.
Sumber : Masry Alyoum
0 comments:
Post a Comment