Saturday, November 19, 2011

DEMONSTRASI "REVOLUSI SYAHID JUMAAT" BERTERUSAN DI YAMAN


Belia meneruskan revolusi di Yaman hari ini -ianya merupakan Jumaat ke Empat puluh sejak meletusnya revolusi di Yaman - demonstrasi bantahan meraka berdasarkan " Syahid Jumaat revolusi aman" bertujuan untuk menggulingkan Presiden Ali Abdullah Saleh.

Hadramout menyaksikan perubahan protes di Mukalla Square untuk mengutuk tindakan dunia yang berdiam diri ketika bercakap mengenai "jenayah Presiden Ali Abdullah Saleh di Taiz, dan membenarkan tentera membunuh wanita dan kanak-kanak."

Mereka menegaskan revolusi di Yaman akan terus meningkat sehingga matlamat revolusi mereka tercapai, mereka turut melakukan perarakan malam ke kota Mukalla untuk menuntut perbicaraan presiden Ali Abdullah Saleh dan pembantu beliau, menafikan mereka memiliki imuniti atau kekebalan dari undang-undang.

Majlis Keselamatan PBB telah bersiap sedia membincangkan krisis Yaman, di tengah-tengah laporan yang bercanggah mengenai proses politik untuk menyelesaikan krisis dengan kesinambungan daripada demonstrasi menuntut kejatuhan rejim presiden Ali Abdullah Saleh dan menolak keringanan untuk memberikan Presiden manfaat imuniti mana-mana daripada pendakwaan.

Sumber olahan: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook