Sunday, November 20, 2011

Mesir:Petempuran Maut Dalam Perhimpunan Menuntut Perlindungan Demokrasi di Mesir

video

Kaherah, 20 November 2011 - Ribuan polis keselamatan telah bertempur dengan penunjuk perasaan untuk mengawal keadaan yang berlaku di Medan Tahrir Square, Kaherah. Dilaporkan salah seorang dari penunjuk perasaan meninggal dunia dan ratusan yang lain cedera parah akibat keganasan yang diberikan oleh pihak polis bagi menguraikan keadaan. Laporan juga menunjukkan berlaku satu kemalangan maut di tempat lain di Negara ini.

Puluhan ribuan rakyat telah berkumpul di Tahrir Square untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap majlis pemerintahan tentera Mesir sepanjang tempoh peralihan kuasa sementara di Mesir sekaligus menuntut perlindungan ke atas demokrasi dari pihak berkenaan sebelum berlakunya proses pilihanraya Mesir yang bakal berlangsung 8 hari lagi iaitu pada 28 November 2011 dan pada tarikh selanjutnya. Perhimpunan ini dinamakan perhimpunan “Jumaat Melindungi Demokrasi” yang menghimpunkan jutaan rakyat Mesir dan disertai juga beberapa gerakan ahli politik yang lain.

Menurut pegawai-pegawai kesihatan, sekurang-kurangnya seorang terbunuh di Kaherah. Lelaki itu dikenali sebagai Ahmed Mahmoud, 25, yang meninggal dunia akibat terkena tembakan di bahagian dada. Laporan juga ada mengatakan 750 telah cedera parah dalam pertempuran yang berlaku. Di Alexandria juga melaporkan seorang penunjuk perasaan yang bernama Baha Eddin Mohammed Hussein, 25 telah terbunuh akibat terkena tembakan polis.

Pegawai keselamatan berkata, kebanyakan rakyat bukan hanya berhimpun di Kaherah, tetapi perhimpunan juga dibuat di luar ibu pejabat agensi keselamatan di Bandar pelabuhan Alexandria serta kota-kota Aswan dan Suez di pantai Lautan Medix.

Saksi-saksi berkata keganasan di Kaherah bermula apabila polis rusuhan membongkar khemah-khemah kecil yang dibuat oleh beberapa orang penunjuk perasaan sebagai pelindungan sementara sepanjang perhimpunan ini dibuat.

Perhimpunan pada sebelum ini berlaku secara aman, akan tetapi keadaan semakin mencabar apabila polis melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan mula memukul penunjuk perasaan dengan cota memaksa supaya beredar dan membersihkan kawasan tersebut pada hari Sabtu, berkata Sahar Abdel Mohsen, seorang jurutera yang menyertai perhimpunan selepas mendapat panggilan di Twitter dari orang ramai untuk pergi ke Tahrir Square.

Rakyat berkumpul dan bersatu bersama gerakan politik Mesir yang lain telah menunjukkan kesepakatan dalam menuntut demokrasi hak rakyat dalam proses pemilihan siapa yang akan menggubal satu perlembagaan baru dalam menentukan ciri-ciri demokrasi negara selepas revolusi kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak. Tindakan atau desakan juga dibuat terutamanya di dalam perhimpunan ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk memberi amaran kepada pihak ketenteraan agar menyerahkan kerajaan kepada pilihan rakyat.

Disediakan oleh : Jawatankuasa Ops Keselamatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Sumber : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook