Friday, October 7, 2011

TOLAK MAHASISWI BERNIQOB, DEKAN UNIVERSITI TUNISIA DIANCAM BUNUH

Tunisia: Seorang dekan sebuah universiti di Tunisia melaporkan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan pedang dan pisau menyerbu ke dalam kampus dan mengugut beberapa kakitangan setelah pihak universiti menolak pendaftaran untuk menerima mahasiswi yang memakai niqob.

Moncef Ben Abdeljelil, dekan Universiti Of Sousse melaporkan pada radio Jawhara FM bahawa 4 orang menyerbu universiti pada Khamis (6/10), malah mengancam akan memenggal lehernya.

Abdeljelil berkataselepas kejadian panik tu, pelajar-pelajar dan kakitangan universiti memujuk 4 orang tersebut supaya meninggalkan universiti secara aman.

Abdeljelil menambah, insiden itu berlaku selepas dia enggan menerima pendaftaran kemasukan kedua-dua pelajar perempuan yang memakai niqob/tudung. Beliau berkata, beliau menghormati kepercayaan dan keyakinan pelajar yang memakai niqob tetapi ianya bertentangan dengan peraturan awam universiti.

Insiden seperti ini sebenarnya jarang berlaku di negara-negara muslim sekuler seperti Tunisia.

Sumber diolah: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook