Tuesday, October 4, 2011

Sepanyol : Pelajar Berhijab Diusir Daripada Peperiksaan


Sepanyol : Pelajar Berhijab Diusir Daripada Peperiksaan


Laporan daripada akhbar "20 Minotos" Bahasa Sepanyol mendedahkan bahawa seorang gadis Islam berusia 14 tahun telah dibuang dari sekolah tinggi di Madrid, Sepanyol disebabkan enggan menanggalkan tudungnya. Menurut akhbar tersebut, peguam belanya, Ivan Jimenez telah menyatakan bahawa beliau telah mempertahankan kes yang serupa dengan kes ini iaitu kes Najwa,pelajar muslimah Maghribi yang diusir daripada sekolahnya dua tahun yang lalu disebabkan pemakaian tudung dan kini ia telah menghadiri sesi persekolahannya dan sedang menunggu keputusan peperiksaannya.

Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa seorang pelajar yang diusir itu merupakan warga Sepanyol dan bapanya berasal daripada kota Ceuta manakala ibunya tidak memakai hijab. Pelajar tersebut telahmemutuskan untuk memakai hijab sejak sebulan yang lalu tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Akan tetapi, apabila pelajar itu mengambil peperiksaan di sekolahnya, pelajar tersebut telah diminta oleh guru matematik untuk menanggalkan tudung yang telah menutup telinganya untuk mencegak daripada penipuan melalui alat-alat eletronik seperti telefon bimbit dan sebagainya.

Peguam yang ditugaskan untuk memgambil laporan rasmi daripada guru besar pelajar tersebut telah berkata, "pelajar itu tidak bersalah kerana ia masih boleh dikenal pasti rupa parasnya di mana ia memakai hijab yang biasa tanpa burqa' dan pemakaiannya tidak dilarang."

Guru-guru sekolah tersebut berkata bahawa mereka tidak membenarkan pelajar untuk memakai hijab disebabkan mereka tidak dapat mengenal pasti pelajar terbabit dan hijab menyukarkan mereka untuk mengenal pasti pelajar.

Menurut peguamnya, " Hal ini akan berakhir sebagai mana selesainya kes seperti pelajar ini iaitu kes Najwa. Pelajar ini juga boleh memakai tudung untuk hadir ke sekolahnya, akan tetapi apa yang penting ialah umat Islam harus sedar dan tahu mengenai hak mereka dan mempertahankannya".


Sumber : lojainiat

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook