Monday, October 3, 2011

Diplomat Mesir: Israel bersedia untuk menawan semula Semenanjung Sinai



Menurut sumber daripada Pusat "Moshe Dayan" Pengajian Politik dan Strategi yang telah menjalankan kajian selidik telah mendapati bahawa 62% daripada rejim Zionis mahu menawan semenanjung Sinai, Mesir manakala 24% menolak idea tersebut dan 14% tidak mengundi dalam kajiannya berkaitan kesedian Israel menawan semula semenanjung Sinai. Melalui kajian tersebut menunjukkan bahawa mereka yang ingin menduduki Sinai percaya bahawa langkah ini akan memastikan keselamatan bagi kota-kota selatan dalam entiti Zinonis yang menunjukkan bahawa sebab utama serangan Eilat lalu, yang mengorbankan lebih daripada 12 orang adalah akibat kegagalan pihak berkuasa Mesir untuk mengawal keadaan di Sinai.

Dalam satu temu bual MAAN agensi Palestin yang telah dijalankan oleh Duta Mesir bersama pihak berkuasa Palestin-Yasser Othman telah melaporkan Israel telah mengubah arah kepada Mesir dan dan turut mendedahkan rancangan Israel untuk merebut Sinai. Menurut Yasser Othman, beliau mengakui bahawa keadaan di Utara Sinai agak meruncingkan,namun beliau menegaskan bahawa pihak Mesir telah meningkatkan kehadiran tenteranya di semenanjung Sinai dan telah mengekalkan pemerintahan di tempat itu tanpa campur tangan Israel.

Sumber dalam kerajaan Israel mengutuk kenyataan Duta Mesir di Ramallah, Israel turut mengatakan bahawa Israel menghormati kerajaan dan rakyat Mesir. Sumber itu juga menyatakan bahawa Sinai merupakan wilayah Mesir yang berdaulat.

Pihak berkuasa Palestin, Yasser Osman menjelaskan bahawa pihak Zionis sedang mencari peluang untuk mencemarkan imej kerajaan Mesir selepas revolusi untuk menggambarkan kepada pihak luar bahawa Mesir tidak dapt mengawal sempadan dengan entiti Zionis. Di sana terdapat kawalan keselamatan terutama di sempadan utara Sinai dan Gaza dan beliau turut berkata bahawa kewujudan pasukan keselematan di utara Sinai tidak bermakna bahawa keadaan di tempat tersebut tidak terkawal.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook