Sunday, October 2, 2011

PROTES WALL STREET, 500 DITAHAN

New York: Kira-kira 500 peserta demonstrasi ditahan dalam protes anti Wall Street di jambatan Brooklyn, bandar New York pada Sabtu (1/10/11). Polis melaporkan, peserta yang ditahan merupakan sebahagian daripada kumpulan protes yang telah berkhemah berhampiran Wall Street sejak 2 minggu lepas.

Penunjuk perasaan ditahan disebabkan menyekat lalu lintas dan cuba untuk mengadakan perarakan haram di sepanjang jalanan. Kumpulan anti itu membantah golongan korporat yang tamak, dan mengatakan bahawa mereka mewakili 99% populasi penduduk Amerika Syarikat yang menentang 1% golongan kaya. Kumpulan ini juga membantah rampasan rumah, kadar pengangguran yang tinggi, kebocoran kewangan pada tahun 2008.

"Ini tidak adil, kerajaan menyokong perusahaan besar dari rakyat!" laung peserta demonstrasi, Henry James Ferry.

Pihak polis mendakwa bahawa tangkapan dilakukan setelah amaran polis kepada peserta demonstrasi supaya tidak menduduki jalan tidak diendahkan. "Sebahagian mematuhi amaran, tetapi sebahagian yang lain bersatu dan berjalan ke arah jambatan Brookklyn, jadi kami terpaksa menangkap," lapor wakil jurucakap polis tempatan.

Protes menentang Wall Street telah bermula sejak 17 September lalu di Manhattan dan mereka berpusat di sana. Ratusan orang terus berkhemah di Taman Zuccotti, berhampiran dengan Wall Street.

Malah, kira-kira 2000 orang yang menduduki Wall Street membantah penangkapan yang dibuat pada minggu sebelumnya telah ditangkap Jumaat lepas. Pada 25 September, 80 orang telah ditahan ketika waktu perarakan, kebanyakannya didakwa berkelakuan tidak sopan dan menghalang lalu lintas.

Kumpulan anti ini mempunyai sokongan dari beberapa-beberapa ahli kesatuan. Persatuan Guru dan Kesatuan Tenaga Buruh mempunyai ahli seramai 38.000 juga memberi sokongan. Satu siri protes kecil-kecilan juga berlaku di kota-kota Amerika Syarikat yang lain, termasuk Boston, Chicago dan San Francisco.

Sumber diolah: Kompas.com



0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook