Friday, October 7, 2011

PBB: LEBIH DARI 2900 TERBUNUH DEMONSTRASI DI SYRIA


Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB mengumumkan pada Khamis (6/10) bahawa jumlah kematian di Syria meningkat melebihi jumlah 2900 orang sejak bantahan daripada kumpulan pro-demokrasi untuk menggulingkan Presiden Basyar al-Asad bermula Mac lalu.

Jurucakap Navi Pillay, Rupert Colville yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi PBB melaporkan kepada Reuters: "Jumlah kematian di Syria meningkat sejak bantahan bermula melebihi korban 2900 orang yang berada dalam data yang kami pegang."

Anggaran jumlah kematian sebelum ini oleh PBB adalah seramai 2700 orang yang terkorban di Syria.

Colville menambah bahawa bilangan tersebut tidak termasuk mangsa yang hilang atau tidak diketahui lokasi mereka. Laporan ini datang sehari sebelum Pertubuhan Hak Asasi Manusia mengkaji semula rangka kerja rekod antarabangsa Syria dalam pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Pertubuhan Hak Asasi pada setiap ahli-ahli PBB.

Sumber Olahan: Al-Basheer

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook