Saturday, October 8, 2011

IBU PERDANA MENTERI TURKI, ERDOGAN WAFAT PADA USIA 83 TAHUN


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, ucapan takziah kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang telah kehilangan ibunya yang tercinta dalam usia 83 tahun.

Tenzile Erdogan (83 tahun), ibu kepada Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, meninggal dunia pada jumaat (7/10) di sebuah hospital tempat di mana beliau menerima rawatan.

Ibunya dirawat di hospital minggu lalu disebabkan menghidapi penyakit demam panas dan kesakitan di perut. Kemudian ibu beliau menjalani pembedahan pundi hempedu awal minggu ini. Beliau telah dimasukkan segara ke unit rawatan rapi.

Erdogan setiap hari menziarahi ibunya yang menerima rawatan di hospital tersebut.

Perdana Menteri tersebut dilaporkan terus bergegas ke hospital apabila menerima panggilan kematian ibunya malah beliau telah membatalkan semua temujanji untuk hari Jumaat tersebut.

Olahan sumber: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook