Sunday, October 9, 2011

PRESIDEN YAMAN BERSEDIA TURUN DALAM MASA BEBERAPA HARI


Sanaa: Setelah berbulan-bulan berlaku protes menuntut penyingkiran Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, akhirnya presiden tersebut dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa ia sedia mengundurkan diri dalam masa beberapa hari tetapi beliau menegaskan tidak akan menyerahkan jawatan kepada musuhnya.

"Saya tidak mahu kuasa dan saya akan meninggalkan kuasa saya dalam beberapa hari
lagi," kata pemimpin veteran itu dalam ucapannya di televisyen pada masa yang sama beliau membuat kecaman terhadap lawannya.

Saleh berkata ia adalah "mustahil untuk biarkan mereka memusnahkan negera ini, sedangkan masih ada insan yang jujur, samada mereka adalah tentera mahupun orang awam yang mampu mentadbir Yaman."

Presiden tersebut, yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 33 tahun enggan untuk menyerahkan kuasa kepada pihak pembangkang di bawah syarat-syarat pelan peralihan yang disediakan oleh negara-negara Arab teluk.

Berusia 69 tahun, Saleh berulang kali menolak untuk menandatangani kesepakatan yang diusulkan oleh negara-negara teluk, yang menuntut agar dia menyerahkan kuasanya dan sebagai imbuhannya dia akan memperolehi kekebalan dari pendakwaan dunia terhadap beliau.

Selain itu, pengumuman Saleh dibuat sehari selepas Tawakul Karman, seorang wartawan dan aktivis Yaman menjadi wanita pertama Arab untuk memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

Karman berkata kepada televisyen Al-jazeera, "Kami tidak percaya pada orang ini dan jika dia mahu turun, itu adalah haknya."

"Dia sepatutnya menyerahkan kuasa, dia sepatutnya melepaskan kuasanya yang mana dia telah mencuri dari revolusi rakyat, revolusi undang-undang. Kami tidak mempercayai dia," kata Karman. "Kami akan terus menyambung membuat revolusi damai kami."

Sumber disunting: Asharq al-Awsat, Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook