Seorang lelaki bersenjata cuba membunuh seorang ulama' muslim yang berasal daripada Chechnya yang sedang dalam buangan di Istanbul, Turki. Percubaan pembunuhan tersebut berlaku sebulan selepas peristiwa penembakan terhadap tiga pejuang Chechnya yang terjadi di Istanbul.
Menurut berita harian pro kerajaan Turki, Sabah dalam laporannya enyebut, seorang pemuda Chechnya berusia sekitar 26 tahun meminta untuk bertemu dengan Shemseddin Batukayev, seorang ketua mahkamah syariah di Chechnya. Ia berpindah ke Turki setelah berakhirnya perang antara chechnya dan Rusia. Perang tersebut dimenangi oleh pemerintah Kremlin yang kemudiannya menguasai wilayah di Kaukasus Utara.Saat pertemuan tersebut terjadi, pemuda itu mengeluarkan sepucuk pistol yang mempunyai peredam suara dan cuba menembak Batukeyev, namun berjaya dihalang oleh dua orang lelaki yang berada di tempat kejadian.
Percubaan membunuh terhadap Batuyekev yang berjaya digagalkan membuatkan perancangan untuk membunuh beliau semakin panjang, Beliau berjaya dikeluarkan.
Berikutan daripada itu, agen-agen perisikan Turki telah menyatakan bahawa terdapat agen-agen perisikan Rusia dalam peristiwa pembunuhan beberapa orang tokoh dan pejuang Chechnya yang berada dalam buangan di Turki.
Pada bulan September yang lalu, pejuang senior Chechnya Musaevi Berkkhazh ditembak oleh dua orang lelaki ketika ia baru keluar dari sebuah masjid di Istanbul. Pembunuhan terhadap Berkkhazh merupakan inseiden yang berlaku pada kali keempat di Istanbul dalam tempoh 4 tahun ini.
Sumber : Eramuslim
0 comments:
Post a Comment