Thursday, October 13, 2011

RAKYAT LIBYA MERAYAKAN PENANGKAPAN MU'TASSIM GHADAFY


Rakyat Libya meraikan penangkapan Mu'tassim Ghadafy, salah seorang anak buruan bekas pemimpin diktator, Muammar Ghadafy.

Pegawai daripada pihak berkuasa Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) melaporkan, Mu'tassim Ghadafy telah ditangkap di kampung kelahirannya di Sirte pada Rabu (12/10).

"Mu'tassim Ghadafy ditangkap di Sirte dan telah dipindahkan ke Benghazi, timur Libya," lapor penasihat Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Abdelkarim Bizama kepada AFP.

"Kami tidak mengumumkan lebih awal mengenai penangkapan tersebut demi mengelakkan keluarga atau pembantu beliau cuba untuk membebaskan beliau," tambah penasihat tersebut.

Penentang regim Ghadafy melepaskan tembakan ke udara di seluruh ibukota Tripoli dan Bengazhi setelah berita penangkapan Mu'tassim tersebar. Tembakan kegembiraan juga kedengaran di Bandar Misrata.

Dilahirkan pada tahun 1975, Mu'tassim Ghadafy merupakan seorang askar dan doktor yang memegang jawatan Penasihat Keselamatan Negara. dia telah dianggap sebagai saingan kepada abangnya, Seif al-Islam dalam setiap usaha menarik perhatian ayah mereka.

Sehari selepas menawan ibu pejabat polis Sirte, NTC menghabiskan masa selama sehari untuk menutup pintu masuk di timur dan barat bertujuan mengekang asakan
daripada tentera pro Ghadafy pada masa akan datang.

Beratus-ratus pejuang NTC yang menaiki trak pikap melepaskan tembakan roket dari barat bandar Mediterranean, mensasarkan untuk menguasai bandar dan mengisytiharkan pembebasan Libya, melakukan pembersihan bertujuan untuk menetapkan satu waktu khusus bagi pilihan raya selepas pemerintahan Ghadafy.

Sumber disunting: Eramuslim, Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook