Thursday, October 13, 2011

KETUA PERUBATAN PEMERIKSAAN: LAPORAN AUTOPSY PRA-MATANG MANGSA MASPERO


Satu laporan perubatan mengenai mangsa yang terbunuh ketika protes Koptik di Maspero Ahad lalu akan dilakukan, kata Ketua Lembaga Perubatan forensik Mesir, Ihsan Kameel kepada Al-masry Al-Youm.

Kameel berkata, berita yang disebarkan di dalam media mengenai butir-butir laporan mangsa Maspero adalah tidak tepat dan hasil bedah siasat akhir autopsy akan dikeluarkan pada 27 Oktober.

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih daripada 300 orang cedera di luar bangunan TV negeri akibat keganasan yang berlaku apabila penunjuk perasaan berarak membantah serangan ke atas gereja pada Ahad petang. Pada sidang akhbar Rabu, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menafikan menggunakan kekerasan atau melepaskan tembakan kepada penunjuk perasaan, menyalahkan ada pihak ketiga yang menimbulkan kekecohan.

Pihak polis telah menahan beberapa orang yang disyaki dituduh telah merosakkan harta tentera dan harta benda swasta, menyerang kakitangan awam, menggunakan senjata api dan senjata tajam yang menyebabkan kematian individu. Pendakwa Raya mengarahkan suspek direman selama 15 hari sementara menunggu penyiasatan dijalankan.

Menurut Kameel, pemeriksaan perubatan hanya menyempurnakan 2 daripada 5 langkah-langkah yang diperlukan untuk mengeluarkan laporan tersebut. Beliau telah melawat Hospital Koptik untuk memeriksa mayat manakala ahli perubatan yang lain pergi ke hospital-hospital lain dimana mangsa-mangsa ditempatkan. Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan adalah tidak tepat pada masa ini.

Sumber diolah: Al-Masry Al-Youm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook