Saturday, October 15, 2011

NASIHAT AL-QARADAWI KEPADA BASHAR DAN TEMAN-TEMANNYA: KELUARLAH KAMU SEBELUM ESOK!



Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden "Persatuan Ulama Islam Sedunia" menyokong Majlis Peralihan Syria, menuntut Presiden Syria Bashar al-Assad dan pembantu-pembantu beliau untuk keluar dari Syria hari ini sebelum tiba esok.

Al-Qaradawi mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menyampaikan khutbah Jumaat (14/10) bahawa Bashar merupakan seorang pembunuh, perosak yang zalim dan perompak harta rakyat, oleh sebab demikian beliau tidak layak untuk mewakili rakyat Syria dalam setiap hal.

Al-Qaradawi mengisytiharkan sokongan beliau kepada Majlis Peralihan Syria Kebangsaan di luar negara. Beliau berkata, "Kami bersama dengan Majlis Peralihan Syria, yang mana mewakili rakyat Syria dan kami bersama dengan pihak pembangkang Syria yang mempunyai bukti-bukti kukuh kekejaman Bashar dan pengikut-pengikutnya di dalam mahupun di luar negara. Majlis ini mengangkat sumpah baiah dan taat setia, bahawa kami menentang sepenuhnya pembunuh, penjenayah dan perompak khazanah Syria."

Al-Qaradawi menambah: "Pembunuh ini harus keluar dan dia tidak mempunyai tempat di Syria kerana mereka adalah perosak yang tidak boleh bersama dengan rakyat Syria kerana kebebasan dan kebenaran akan menang pada akhirnya."

Sumber disunting: Al-Basheer, Mufakkirah Islam

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook