Tuesday, October 11, 2011

Pasukan Zionis Untuk Kali Ketiga Di lembah Jordan Musnahkan Masjid


Lembah Jordan; buat kali ketiganya pada waktu subuh, Selasa, tentera Israel telah memusnahkan sebuah masjid di Khirbet Urza yang terletak di utara Jordan Valley, West Bank.

Ketua kampung Al-Maleh, Aref Daraghmeh, berkata askar-askar Israel mengerahkan kenderaan tentera dan jentolak untuk memusnahkan masjid di kampung, atas alasan masjid tersebut terletak di kawasan tentera Israel dan tidak boleh ada bangunan di kawasan itu. Daraghmeh yakin alasan merobohkan masjid tersebut bukan kerana ia terletak di kawasan tentera Israel, teteapi untuk keperluan perluasan penempatan haram untk orang Yahudi Israel. Israel telah menguasai kawasan tersebut tidak lebih daripada 60 meter persegi buat kali ke tiga dalam masa 7 bulan.

Israel telah mula merobohkan masjid di situ sejak tahun 1948 di sebuah masjid di Gailiea Badwi. Mereka juga mengusir warga Palestin di sana dan menghancurkan rumah-rumah mereka. Menurut Daraghmeh, mahkamah Israel telah mengeluarkan surat arahan agar tidak menghancurkan harta milik warga Palestin tetapi tentera Israel tidak mempedulikan surat perintah tersebut.

Sumber : Islammemo

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook