Tuesday, October 11, 2011

Libya:Ghadafi bersembunyi di perbatasan niger dan aljazair

Muammar Ghaddafi dipercayai menyembunyikan diri di gurun barat daya yang berhampiran dengan sempadan Niger dan Algeria akan tetapi sekumpulan minoriti dari etnik Tuareg menafikan bahawa Ghadafi di bawah lindungan mereka, kata seorang pegawai di dewan peralihan Libya Isnin lalu.

Moussa Al-Kouni yang merupakan wakil dari suku Tuareg di badan kepimpinan revolusi Libya, telah mendakwa Ghadafi telah menghantar anaknya, Khamis Ghadafi ke kawasan itu untuk membuat persiapan untuk memudahkan laluan melarikan diri.

Hal ini dapat dikesan apabila kawasan itu didapati rejim Ghadafi sebelumnya telah menggunakan kawasan tersebut kerana wilayah itu telah mempunyai medan kasar dan sempadan berpori yang membuat sukar untuk dikesan. Ini menunjukkan bahawa Ghadafi telah menjalinkan hubungan rapat dengan kerajaan Niger sehingga boleh berulang melintasi kawasan tersebut. Kemungkinan juga Ghadafi telah memiliki sebuah rumah di kawasan itu.

Banyak spekulasi tentang kewujudan Ghadafi sejak pemimpin yang bermasalah dan berpengaruh ini melarikan diri bersama anak –anaknya pada saat pasukan revolusi menyapu ibu kota Tripoli itu.

Sumber : KOMPAS

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook