Monday, October 10, 2011

36 Terbunuh, 272 Cedera Dalam Demonstrasi Di Maspero




Maspero, Kaherah, laporan daripada Kementerian Kesiharan Mesir telah menyatakan sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh da 272 cedera dalam pertempuran antara Kristian Qibti dan pasukan keselamatan Mesir pada hari Ahad berhampiran bangunan televisyen negara yang dikenali Maspero di Kaherah.

Sementara itu, undang-undang pihak Ketenteraan Mesir yang memerintah telah mengeluarkan perintah berkurung di kawasan dataran Tahrir dan kawasan pusat bandar.

Wartawan AlArabiya yang mempunyai bangunan di tempat kejadian berkata, terdapat tembakan dalam pertempuran tersebut. Wartawan itu berkata dia melihat terdapat beberapa tubuh badan yang tidak dapat dikenal pasti samada ia telah tercedera atau mati di luar bangunan tempat kerjanya.

Pertempuran yang berlaku ini dicetuskan kerana serangan ke atas sebuah gereja Kristian di Koptik Merinab, di Aswan pada 3 Sept, dan dikatakan gereja tersebut tidak mempunyai lesen untuk pembinaannya.

Maklumat daripada televisyen, gereja tempat tersebut telah diserang selepas Gabenor Aswan, Mustafa Al Sayyed menyatakan bahawa gereja yang itu dibina tanpa lesen. Talaat Youssef, ahli perniagaan yang beragama Kristian berkata " kami berarak secara aman", laporan daripada Reuters di tempat kajian.

Sumber : AlArabiya





Sekitar tempat kejadian




0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook