Sunday, October 9, 2011

MUFTI BESAR MESIR DIMAKI SEWAKTU MENYAMPAIKAN KHUTBAH JUMAAT


Port Said: Mufti besar Mesir, Syeikh Ali Jumaah dimaki oleh seorang jemaah sewaktu beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid al-Rahmah, Port Said, Mesir.

Jemaah yang membuat kecaman terhadap mufti besar Mesir itu dikenal pasti sebagai Ali el-Hegimy. Dalam kecamannya, el-Hegimy mengatakan bahawa Syeikh Ali Jumaah adalah 'munafik' dan 'bekas pengikut setia regim Mubarak'.

El-Hegimy dengan segera dikerumuni oleh jemaah yang lain yang berada di dalam masjid dan dipaksa untuk keluar dari masjid.

Syeikh Ali Jumaah kemudian menyambung kembali khutbah beliau lalu menambah bahawa mereka yang "menghasut api perselisihan" dikecam keras di dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW telah memberi peringatan mengenai orang-orang seperti itu.

Syeikh Ali Jumaah berada di Port Said bertujuan untuk mangawasi pembinaan perluasan Masjid Al-Rahmah.

Sumber diolah: Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook