Berikutan konflik di Syria yang semakin panas, AS telah menarik balik Duta Besar Robert Ford dari posisinya di Damsyik dengan alasan Syria tidak lagi aman. Diplomat Barat melaporkan kepada Reuters bahawa Ford meninggalkan negara itu pada hari Sabtu.
Berita Ap, AFP, dan Al Jazeera melaporkan Syria berang terhadap Ford kerana telah mengadakan pertemuan dengan pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad.
Bulan lalu, para penyokong Assad telah melempari Ford dengan tomto dan telur ketika beliau sedang mengunjungi para penunjuk perasaan. Pemerintah Damsyik menuding ke arah Ford dengan mengatakan bahwa beliau memacu kekerasan di negara yang dilanda tunjuk perasaan sejak Mac tahun ini.
Hingga kini, kerajaan telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk menghadapi para penunjuk perasaan dan dianggarkan sebanyak 3000 penunjuk perasaan telah terbunuh akibat tindakan keras pasukan keselamatan Syria.
Seorang pegawai Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat yang tidak ingin dikenali menyatakan, belum ada kepastian bila Ford akan kembali ke posisinya di Syria. Sebelum itu, Ford pernah memberi amaran akan maraknya konflik sectarian di Syria sekiranya pihak berkuasa tetap menggunakan kekerasan dalam menghadapi kelompok penunjuk perasaan pro-demokrasi.
Presiden Barack Obama mengambil keputusan memilih Robert Ford sebagai duta besar pertama ke Syria awal Januari tahun ini untuk memenuhi ruang diplomatik semasa sejak Washington menarik balik dutanya dari Negara itu pada tahun 2005.
Minggu lalu, Liga Arab mendesak pihak-pihak yang bermasalah di Syria mengadakan pertemuan untuk mencari solusi damai berbanding pertumpahan darah di Negara itu. Dalam seruan yang disampaikan ketika sidang kecemasan Liga Arab di Mesir itu, perbincangan kedua belah pihak tersebut perlu dilangsungkan selewat-lewatnya 15 hari setelah seruan itu di keluarkan. Namun, wakil Syria tidak hadir dalam sidang kecemasan Liga Arab tersebut.
Syria mendapat tekanan antarabangsa supaya menghentikan kekerasan dalam usaha meredakan tunjuk perasaan yang bermula sejak enam bulan lalu.
Terdahulu,sejumlah negara berusaha untuk mengeluarkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk dasar pemerintah Syria terhadap penunjuk perasaan tidak berhasil kerana diveto oleh China dan Rusia.
Sumber : Kompas , Misr Alyoum
0 comments:
Post a Comment