Wednesday, October 26, 2011

Perjanjian gencatan senjata di Yaman


Pegawai Kerajaan Yaman berkata bahawa kerajaaan dan pembangkang Mejar Jeneral Ali Mohsen Al-Ahmar menandatangani perjanjian genjatan senjata semalam (Selasa). Berikutan daripada itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melepaskan orang yang diculik semasa bulan protes yang membawa Yaman kepada ambang sivil peperangan. Pegawai tersebut berkata lagi bahawa perjajian antara kerajaan dan Mohsen ditajua oleh jawatan kuasa tempatan yang diketuai oleh Abd Rabbo Mansour Hadi, Naib Presiden.

Laporan terkini mengatakan bahawa Yaman menyaksikan sebuah pesawat tentera terhempas dan membunuh sembilan orang kru. Menurut seorang doktor dan Ketua Tentera Yaman, "pesawat tentera Yaman terhempas ketika ingin mendarat di selatan Yaman pada awal pagi hari ini, dan mengorbankan sembilan orang termasuk lapan orang jurutera Syria. Menurut sumber, kejadian tersebut berkemungkinan adalah punca daripada masalah teknikal.

Dalam kejadian lain, seorang doktor Uzbekistan diculik di wilayah utara Marib pada hari Isnin.

Sumber itu berkata bahawa, pihak yang menculik doktor tersebut mendesak kerajaan untuk melepaskan anak-anak mereka.

Sumber : Almokhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook