Thursday, October 27, 2011

WANITA YAMAN BAKAR TUDUNG BANTAH KEKERASAN REGIM


SANAA' - Ratusan wanita Yaman membakar longgokan tudung muka dan gaun di jalan utama wanita di Sanaa', sebagai tanda protes ke atas kempen kekerasan yang dilakukan oleh kerajaan pada pemberontak yang semakin meningkat di negara ini.

Wanita Yaman membakar pakaian mereka dikenal sebagai Makrama yang merupakan simbol pakaian popular kalangan suku-suku Badwi; menunjukkan kesungguhan mereka meminta bantuan daripada suku-suku tersebut.

Kaum wanita yang membakar pakaian di ibukota tersebut memakai pakaian khas muslimah ketika itu, pakaian hitam yang menutup kepala hingga kaki.

Bantahan terjadi serentak pada Rabu semalam, berlaku pertempuran sengit antara pasukan yang setia pada Presiden Ali Abdullah dan pejuang daripada pembangkang untuk menuntut Presiden disingkirkan.

Pegawai kerajaan dan hospital melaporkan lebih dari 25 orang terbunuh di Sanaa' dan Taiz, termasuk pejuang puak dan askar kerajaan. walaupun pengisytiharan gencatan senjata telah diumumkan pada Selasa (25/10).

Sumber disunting: Al-Basheer, Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook